Pergi ke kandungan

Algirdas Brazauskas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Algirdas Brazauskas
Dalam jawatan
1988–1989
Didahului olehRingaudas Bronislovas Songaila
Digantikan olehMykolas Burokevičius
Dalam jawatan
25 Februari 1993 – 25 Februari 1998
Didahului olehVytautas Landsbergis
Digantikan olehValdas Adamkus
Dalam jawatan
3 Julai 2001 – 31 Mei 2006
Didahului olehEugenijus Gentvilas
Digantikan olehZigmantas Balčytis
Maklumat peribadi
Lahir(1932-09-22)22 September 1932
Rokiškis, Lithuania
Mati26 Jun 2010(2010-06-26) (umur 77)
Vilnius, Lithuania
Parti politikParti Demokratik Sosial
PasanganJulia
Kristina Brazauskienė
Anak2 anak perempuan (perkahwinan pertama)

Algirdas Brazauskas (Lahir 22 September 1932 - 26 Jun 2010) merupakan Presiden Lithuania (1993-1998) , presiden pertama selepas negara itu merdeka dari Soviet Union (USSR) pada 1991 . Beliau kembali aktif politik dan menjadi Perdana Menteri Lithuania dari 2001-2006.

Dia menjadi ketua Parti Komunis Lithuania yang bertanggungjawab memutuskan hubungan dengan Moscow, sebuah tindakan yang tak diragukan lagi membantu membawa Kejatuhan Kesatuan Soviet. Dia dianggap tokoh yang memecahkan Kesatuan Soviet yang ketika itu Soviet diperintah oleh Presiden Rusia Mikhail Gorbachev yang mengwar-warkan dasar pembaharuan perestroika dan glasnost. Brazauskas mengubah diri dari Parti Komunis kepada apparatchik reformis moderat, dan akhirnya pemimpin negara Baltik demokratik. Lithuania adalah negeri Soviet yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan pada 1991.

Brazauskas dilahirkan di Kaišiadorys , Lithuania. Beliau belajar di Kaunas Polytechnic Institute pada tahun 1956 jurusan jurutera awam. Dia bekerja dalam industri era Stalin. Kemudian menjadi jurutera kanan dalam rancangan hidroelektrik dan kemudian pengerusi lembaga pembangunan Lithuania serta majlis ekonomi Lithuania. Pada 1967 ketika umur 35 tahun menjawat jawatan pengerusi Suruhanjaya Perancangan negeri Lithuania selama 10 tahun. Dia mendapat Phd dalam jurusan ekonomi pada 1974.

Dia menceraikan isteri pertamanya, Julia , mempunyai dua anak perempuan. Kemudian menikah dengan Kristina Butrimine. Skandal berlaku apabila dia menjual sebuah hotel kepada isteri keduanya dan tindakannya itu dikecam sehingga beliau bersara pada 2006.[1]

Hobi beliau ialah memburu dan berkayak di sebuah tasik. Beliau banyak menyimpan koleksi pisau memburu dan dipamerkan di pejabatnya.

Dia naik tangga politik pada 1980-an ketika Kesatuan Soviet mengalami perubahan radikal. Dia mengubah dirinya dari Parti Komunis kepada pembaharuan moderat. Ketika itu berhadapan dengan gelombang perasaan nasionalis di empayar Soviet.Mulanya dia percaya Kesatuan Soviet boleh dibentuk semula sebagai sebuah persekutuan longgar . Kemudian bertukar kepada realis dan tidak menyebarkan idea utopia.Bukan rahsia lagi bahawa Parti Komunis mempunyai sejarah yang kotor.

Walaupun ia berusaha mengelakkan pelanggaran dengan Moscow pada tahun 1989, sebagai pemimpin Parti Komunis Lithuania, dia secara rasmi memutuskan hubungan parti dengan Moscow. Sedangkan republik Soviet yang lain tidak berani mengambil langkah seperti ini. Tindakan ini menyebabkan kejatuhan Kesatuan Soviet, dan mempercepat kehancuran.

Apabila Lithuania mengisytiharkan kemerdekaan pada Mac 1990, Moscow bertindak menghantar tentera ke Vilnius pada Januari 1991 dan membunuh 14 orang awam. Referandum (pungutan suara) dibuat pada September 1991 dan majoriti penduduk Lithuania setuju mendapatkan kemerdekaan dan berpisah daripada Kesatuan Soviet.

Sebagai presiden , beliau berusaha menyertai NATO dan Kesatuan Eropah pada 2004 .

Dia ingin bersara sebagai pesara biasa pada 1998 dan diganti oleh Valdas Adamkus , yang memenangi pilihan raya 1998. Dia ingin menulis buku walaupun tidak lengkap.

Kembali aktif politik

[sunting | sunting sumber]

Dia kembali aktif politik dan menjadi Perdana Menteri Lithuania dari 3 Julai 2001, dan disahkan oleh parlimen, sampai 1 Jun 2006. Pada 2006 dia bersara dan berharap dia benar-bena bersara. Dia mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006.

Dia memimpin Parti Sosial Demokrat , parti yang memerintah Lithuania sehingga 19 Mei 2007.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Dia didiangnosis kanser dan limfoma pada Disember 2008 dan lama menderita . Dia (77) meninggal pada 26 Jun 2010 di Vilnius kerana penyakit kanser prostat. Dia dianggap sebagap tokoh politik yang masih berpengaruh di Lithuania. Presiden Lithuania terkini ialah Valdas Adamkus.[2]